Daisypath Friendship tickers

Daisypath Wedding tickers

Sunday, July 31, 2011

Bermulanya Ramadhan...

Mulanya Ramadhan,,aku pun dah start ber'billion-billion' busy...
Harap-harap lah nnti dapat menyiapkan semua tempahan yg ada..
chaiyok!! chaiyok!!

this year hanya mampu membuat secara kecil-kecilan saja..
next year,,kalau ada rezeki lagi insyaAllah nak try market ke bazaar2..

Tahun ini ada masuk bazaar tapi dengan bilangan yg kecil saja..
thankx Greenz Xosyien sbb meng'komersial' kan popia aku..

dan thankx juga pada Anna Fuadi yg membuat tempahan yg sgt banyak...
Alhamdullilah...

Ini antara-antara gambar2 popia simpul yg di tempah bersama-sama sampling..

Ready 4 'goreng'

Order permulaan oleh cik Anna Fuadi

Popia yg digoreng...

huh,ini pun menunggu untuk digoreng...

Sampling 4 Greenz Xosyien

Order from Cik Nurilah... with sample

Ini berharga RM18

Sample lagi... :-D


Nota kaki: Jika ada yg berminat,xkira untuk raya or apa2 saja event,nak popia simpul,boleh lah cari saya ye..tapi kalo nak membuat order tue kenalah awal..sebab yg membuatnya hanya saya seorang & proses membuatnya adalah sangat leceh.. :-D

Monday, July 25, 2011

Saya Tak Tahu...

Saya tak tahu kenapa tangan saya nie asyik-asyik kena pisau...
haih!!!
habis calar balar dah jarinya...
bila dah luka lambat pula baiknyaaaa....

kenapa luka saya selalu lambat sembuh?????
tiba-tiba saya menjadi terlalu risau...
ohhhhh,,x mungkin..xmungkin..
tue semua apa yg saya rasa saja...
dielakkan sangat-sangat...

Terima kasih!!!

Thursday, July 21, 2011

Peralihan Kerja...

ermmm,,macamana ek mahu gambarkan perasaan sekarang ini...
ngeeeee~
ada rasa gembira,takot,cemas...
semua perasaan menjadi satu..
wahhhhhhhh....apakah itu ek???

hurmmmm,,sy akan mendapat satu tugasan yg sgt besar selepas ini..
Alhamdullilah..rezeki..
dan disitu bermakna boss-boss nampak kebolehan saya lalu memberi kepercayaan untuk saya handle kerja itu..
Amin3.. Syukur..

tetapi..tetapi..tetapi.....saya haruslah bersiap sedia dari segi fizikal & mental...
yeahhhhhh!!!! itu harus...
insyaAllah sy akan buatnya dengan terbaik...
orang dah bagi kepercayaan kan...
so harus buat yg terbaik...
dan ini bermakna '' SAYA SUDAH DEWASA ''..
hahahahaaaa...
Apakah!!!! sebelum ini tak dewasa kah...
hehehee.... ^_^
maksud disini,,tiada lagi lah masa-masa untuk mengulor...
ngeeeee...



Wednesday, July 20, 2011

M.I.G.R.A.I.N

Migrain aku!!! migrain!!!
haih...

tak lama lagi agaknye dapat darah tinggi aku..
hypertension dah nih...
dah sakit kepala pastue tekanan plak...
setiap hari aku marah-marah saje...
haish!!!

xsuke marah2 nih...
kawan syaitan tau x!!!!
so plzzzzz lah,,jgn buat Cik Syud'z marah...
penatlah marah-marah orang nih...
sbb yg dapat sakitnyeee siapa...

oklah dah,,,malas fikir dah...
senyum sekarang..
nanti karang sakit... *_*


Friday, July 15, 2011

Rasa lama sangat-sangat tak updated pasal aku...
ngeeeee~ (^_^)

terlalu busy lah sekarang dengan tempahan popia..
sampaikan tidur pun sekarang asyik lewat sahaja..
bila dah tidur lewat,bangun pulak awal pagi sebab kerja,,badan pun tak sihat..
tapi alhamdullilah syukur,,dapat siapkan juga popia2 yg ditempah semua..
rasa berbaloi lah walaupun letih,penat,tak cukup tido semua..

dan..dan..dan sabtu & ahad nie mahu berehat dari membuat popia..
sebab nak pergi holiday sebelum berpuasa...
hehehe...
family day PERNEC PayPoint central punye at Ilham Resort PD..

yeahhhh,,,rest...rest...rest!!!!
otak & badan pun dah tertekan...
so rasa sgt happy dpt pergi pantai..
jadilah kannnnnnnnn...


Thursday, July 14, 2011

Indahnya penciptaan ADAM & HAWA


Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.
Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Wednesday, July 13, 2011

RAHMAT DISEBALIK SAKIT YG KITA HADAPI.

RAHMAT DISEBALIK SAKIT YG KITA HADAPI.

1) Menghapus dosa

Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).

2) Memperoleh pahala kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).

3) Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).

4) Memperoleh ganjaran syurga

jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.
Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh



diambil dengan izinnya dari fb IMAM MUDA NAZRUL.. TQ..