Daisypath Friendship tickers

Daisypath Wedding tickers

Saturday, June 4, 2011

Musim kahwin..

Selamat pagi!!!

harini bz dgn kawan2 nak nikah...
ramai pulak kawan2 naik pelamin tahun nie...
Alhamdullilah jodoh dah sampai kan...
hik..hik..hik

so,,hari ini & esok menyibukkan diri di majlis kawan2..
kena rewang sekali...
ofcoz lah kan sbb BFF..
hu..hu..hu

Bertudung pink tue lah bakal jd isteri sat jer lg... :)
''so,my BFF Azwin Azhar,congratulation dear..
be a good wife hoccay..''

dan..dan..dan tak lupa juga kepada semua kawan2
yg dah naik pelamin bulan yg dah lepas & today
yg tak sempat saya nak hadir majlis korang2,,
i wish '' Selamat Pengantin Baru ''
i'm sorry!!! (gaya Amir maharajalawak)
xdapat nak hadir majlis korang2 semua...

so,,kepada kawan2 saya semua ini nah,,
dengarlah lagu 
'' SELAMAT PENGANTIN BARU ''
ngeeeee...
sebagai hadiah tuk korang2... :)

nah,,,special tuk kawan2 yg bakal berkahwin...
nyanyian dari Saloma..

Friday, June 3, 2011

Clean & Clear...

yeahhhhh!!!!!
akhirnyaaaa..mejaku,,
clean & clear..
setel sudah semuanya...
kertas-kertas itu semuanyaaaa sudah ku campak ke
account department..
hu..hu..hu..

tapi...tapi...tapi...
masih ada byk keje lg niee...
uhhhhhhh,,,biarlah..
continue monday nnti lah pulakkkk...
mata saya sudah letih..

ngeeeee~
now,,tunggu time tuk balik..
oyehhhh!!!!
esok & ahad penuh dgn aktiviti kawen2..
kena terlibat jugak sbb best friends..
so,,bile mau rest????
aiyakkkkkkkkk!!!

XOXO..


Keserabutan De Amor..

Penuh meja dengan paper... :(
huh,,,tension & keserabutan melanda diriku ini...
arghhhhhhhh!!!!!
byknye keje saya sekarang...
lepas satu,satu email & keje yg masuk...
huhuuuuu~
Alhamdullilah,,rezeki...
hik..hik..hik

cik syud'z,,don't be tension yer cayunk..
slow2 buat,,insyaAllah siap lah nnti..
Be smile dear... (*_*)

eh3,,,kata busy kan tp sempat jer nak update kan..
hu..hu..hu..
ok2,,saya tahu...
sambung keje balik hoccay!!!!
tataaaaaa~


XOXO!!!!

Pagi ini...

Selamat Pagi... :)
pagi nie,jumaat bersamaan 3 june 2011...
adusssssss,,,rasa sgt letih badan ini...
rasa malas mau p keje pun ada..
tp xbley..
harus gigih & kuatkan semangat...
rezeki nih...
he..he..he

Chaiyok!! Chaiyok!! Chaiyok!!
banyak keje yg perlu di settlekan...
yeahhhhhhh!!!

skg,,jom p bekpes..
nasi lemak,kuih & ipoh white coffee.. 
Alhamdullilah..


XOXO!!!!


Thursday, June 2, 2011

Demam Nora Elena

Drama Akasia TV3 - Nora Elena
Aiiiiii,,,demam Nora Elena skg nie..
Sampaikan aku sanggup balik awal semata-mata cerita nie..
uhhhhhh,,mereka sgt sweet..
& sgt seronok kalo dapat lelaki macam seth tue..
tp nie dalam drama,,mana lah nak sama sejibik mcmnie kan...
kalo ada,,untung laaaaarrrr...huhuuuuu~

Nora Elena nie sebenarnya kisah dari 
novel '' Kasih Yang Suci ''
penulisnya meen zulaikha...
padahal novel nie dah lama keluar & seingat aku dulu
aku baca masa tue zaman-zaman study kat kolej..
time muda2 lg lah..
eh3,,,,skg pun muda lagi apa..
huhuuuuuu~

By the way,,,cerita kat tv3 nie xder lah sebijik
macam dalam novel..
kalo baca novel lagi feeling meeling kot...
hik..hik..hik..
untungg arrrrr kalo dpt lelaki mcm tue sng kata...
apa2 pun bg aku masing2 ada cara masing2
untuk sampaikan sesuatu kepada
yg mereka syg...

tp apa2 pun,,,aku tetap suka cite nie..
buat aku feeling meeling jer..
sampai air mata aku kuar tgk diorg happy..
hahaaaaaa~
diorg yg happy tp aku yg lebey...
xbleh blaaa hoccay!!!!

episod pun dah nak habis,,pasnie cite apa pulak ek...
feeling meeling lg ke..
haih,,,mmg xbyk lah claim ot aku...
uishhh,,xbley3...
aku ada target yg perlu dicapai...
huhuuuuu~
wish me luck hoccay!!!
Amin... :)

xoxo!!!

Handphone penyebab kanser otak..

Pernah mendengar informasi bahaya ponsel bagi otak? Memang kala itu pernah ramai dibicarakan, namun belum ada studi yang membuktikannya. Sekarang, para peneliti di Inggris dan Amerika membenarkan hal tersebut. Handphone adalah satu dari penyebab tumor otak.
Berdasarkan studi yang dipublikasikan dalam beberapa jurnal di Amerika dan Inggris tersebut, diungkapkan bahaya telepon genggam memang terbukti berbahaya untuk otak, terutama anak-anak.
Sebanyak 13 negara telah mendapatkan laporan studi tersebut. Studi yang dipelopori dan didanai oleh Telecom itu sudah berjalan selama bertahun-tahun sejak dimulainya tahun 1999. Tujuannya adalah untuk membuktikan adakah pengaruhnya antara ponsel dan tumor otak.
Dalam laporan Powerwatch and the Radiation Research Trust di Inggris dan EMR Policy Institute di Amerika itu, para peneliti mengatakan bahwa gelombang radiasi yang terpancar dari ponsel memang jadi faktor pemicu tumor otak, terutama anak-anak dan orang dewasa yang rentan terkena penyakit.
“Penelitian tentang pengaruh radiasi ponsel terhadap kesehatan manusia adalah studi terlama dan terbesar yang pernah saya jalani yang melibatkan 4 miliar partisipan,” ujar Lloyd Morgan, pimpinan studi yang juga anggota Bioelectromagnetics Society, seperti dikutip dari Huffington Post, Rabu 02 September 2009.
Lamanya studi itu dikarenakan tumor tidak tumbuh dalam waktu singkat, butuh waktu bertahun-tahun hingga seseorang terbukti memiliki tumor.
Ilmu pengetahuan telah membuktikan bahwa telepon genggam memang faktor penyebab tumor otak. “Masyarakat dan publik harus tahu hal ini. Bahkan tidak hanya tumor otak, kanker mata, kelenjar ludah, kanker testis dan leukimia pun menjadi ancaman selanjutnya dari ponsel,” ujar Morgan.
Para ilmuwan dari berbagai universitas dan institusi kesehatan yang berkumpul dalam seminar “Cellphones and Brain Tumors: 15 Reasons for Concern” pun akhirnya setuju bahwa ponsel memang terbukti memicu tumor otak dan sebaiknya seseorang mengurangi intensitas yang berhubungan dengan ponsel, tidak berlama-lama menelepon dan menjauhkannya ketika sedang tidur.
Namun saat ini, di zaman serba teknologi dan cepat ini, ponsel sudah menjadi barang wajib yang harus dimiliki setiap orang, bahkan anak-anak sekalipun. Mungkinkah menjauhkan ponsel dari kehidupan sehari-hari?






Pssst: Kalau macamnie,,selepas nie kurangkanlah gayot2 kat HP..sms cukup...jimat pun jimat.. :D






Wednesday, June 1, 2011

Khasiat susu





Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.

Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.

Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.

Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai?

Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari.

Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari.

SUSU KALSIUM TINGGI

Produk susu Anlene baru-baru ini mengumumkan penemuan klinikal yang penting iaitu susu ini dapat memulihkan kekuatan tulang dalam tempoh empat minggu sahaja.

Penemuan terbaharu ini adalah hasil ujian klinikal yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh pakar-pakar tulang di rantau.

Pada hakikatnya, tulang manusia mula merosot seawal usia 30 tahun. Kadar kemerosotan mula melampaui kadar penjanaan semula di peringkat ini.

Yang paling penting, untuk memastikan tulang yang lebih kuat, setiap orang perlu mempunyai kombinasi tepat zat yang diperlukan tulang pada tahap yang disyorkan.

Pengurus besar bagi Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, John McKay, juga berkongsi pandangan akan program seluruh negara Fonterra bagi warga Malaysia; Pemeriksaan Kesihatan Tulang yang dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar. Fontera merupakan pengedar susu Anlene.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengapa penting untuk mengekalkan kekuatan tulang.

"Kami telah memeriksa lebih 150,000 orang. Selepas memeriksa mereka menerusi program pemeriksan ini di tempat-tempat awam, majoriti responden didapati berada dalam zon oren, iaitu bacaan antara (-ve)-1 dan (-ve)-2, yang menunjukkan risiko sederhana bagi tulang rapuh dan bahaya menghidap Osteoporosis," kata McKay lagi.

Zon hijau iaitu bacaan antara 2.00 dan -0.99 menunjukkan risiko yang rendah, (-ve) -2.49 hingga (-ve) -1.0 menunjukkan risiko sederhana, sementara kumpulan berisiko tinggi akan menyaksikan bacaan antara (+ve) +2.5 dan (+ve) +4.0.

Program pemeriksaan ini menggunakan mesin ultrasound.

Penulis ini juga mengambil peluang untuk menguji kekuatan tulangnya dan mendapati keadaan tulangnya adalah memuaskan dengan beliau berada dalam kategori risiko rendah.

SUSU TIDAK MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN

Duta jenama bagi Anlene, Datuk Michelle Yeoh juga hadir pada majlis memperkenalkan susu Anlene baru ini yang dikatakan lebih berkesan dengan susu ini membantu mengekalkan tulang yang kuat dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Beliau menekankan yang susu ini adalah baik bagi kesihatan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan.

"Lihatlah saya, saya bukan gemuk. Sebenarnya saya meminum susu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pilihlah produk lemak rendah," kata bintang filem ini.

Anlene juga memperkenalkan iklan terbaru pada majlis itu, yang menggambarkan seorang penari wanita yang melenturkan badannya ke belakang.

Beliau terdengar bunyi geresek tulang semasa melakukan gerakan itu yang mengejutkan beliau dan pasangannya, beliau terus memutuskan untuk mengambil susu yang disyorkan untuk memulihkan semula kekuatan tulangnya dalam tempoh 4 minggu sahaja.

GAYA HIDUP AKTIF

"Saya suka dengan iklan baru ini dan mesej yang disampaikan adalah jelas sekali. Lelaki dan wanita perlu menjaga dengan baik tulang mereka. Dan kebanyakan rakyat Malaysia buat masa ini hanya mengambil 50 peratus daripada jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari. Ini tidak cukup untuk mengekalkan kekuatan tulang mereka," tambah Yeoh, yang juga mencerita aksi-aksi 'stunt' beliau dalam filem terkininya dengan penggambaran di Taiwan dan China.

"Kali ini 'stunt' saya lebih mencabar daripada yang sebelumnya. Saya terpaksa lompat dari bumbung ke bumbung untuk melawan penjahat. Perlu banyak gerakan lompat dan meregang badan," beliau menjelaskan lagi.

Filem terbaru Yeoh "Rain of Swords" kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka ditayangkan bagi tontonan umum pada Oktober ini.

PERASA POPULAR DI MALAYSIA

Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi.

Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang.

Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi.

Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama nutrisi terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira citarasa pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek di masa depan."

Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan mentega.

Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan pengambilan kalsium mandatori setiap hari.

-- BERNAMA



Psstttt: Amalkan meminum susu 3 kali dalam sehari untuk tambahkan kalsium