Daisypath Friendship tickers

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, January 12, 2011

hurrrmmmm....

huh,,kenapalah nasib aku mcmnie erk...ada jer benda2 yg terjadi..selepas satu,satu hal..Ya ALLAH,,,,harap2 lah aku kuat..tp menangis air mata darah pun,,benda tue dh terjadi...knp lah org tue pilih aku antara ramai2 perempuan yg dia ada..aku tahu salah aku kat dia tp kenapalah mcmnie....psiko betol dia nie..kalo dh xsuka tue,,plz lah terima kenyataan..kite mmg dh xder jodoh...xmungkin sekali2 aku nk pergi dekat ko..NEVER!!!!! so plzzzzzzzzzzzz,,,lepaskan aku..bg hidup aku aman,tenang n bahagia dgn org yg aku pilih..hurrrrmmmmmm,,xthu lah nk ckp apa dah...

Tuesday, January 11, 2011

Mengapa mesti ada ujian dalam hidup???

Dalam perjalan hidupku Begitu banyak rintangan dan ujian yang ku hadapi , jatuh bangun aku membuat prisai diri.Apa yang ku alami ini seseuai dengan firman Allah: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami-lah kamu kembali.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35).
Dalam hal ini Imam Ibnu Katsir menyatakan berkenaan ayat ini antaranya “Bahwa Allah akan menguji dengan kelapangan hidup dan kesusahan, dengan kesenangan dan ketakutan, dengan keselamatan dan bencana, iaitu supaya mereka kembali kepada kebenaran.” (Rujuk Shahih Tafsir Ibnu Katsir, jil. 3, m/s. 714-715).

sesungguhnya ALLAH menguji hambanya yang dyakini layak untuk menghadapi ujian.. yang utama jangan pernah berhenti daripada berharap dan bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH..

ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita. Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?

ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.
Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,
“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”
Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.
Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
- syuhadah -

Monday, January 10, 2011

FACEBOOK akan ditutup???? Betol ke??

Assalamualaikum w.b.t

hurmmm,,,nie nk share mengenai berita terbaru mengenai FACEBOOK yang mengatakan akan ditutup pada 15 March 2011 nie..ada yg percaya dan xpercaya saja kan..disini aku sertakan petikan berita tue erk..


PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 



So its up to u sama ada nk percaya or x ek...bg aku tertutup nye FB nie ada kebaikan n keburukan lah bg seseorang individu..kalo bg aku,,kebaikan dia,,xder lah aku asyik nk menghadap jer ''muka buku'' nie setiap hari..sampai mata naik rabun...hahaaaa~ n keburukannya xdapatlah nk carik n wat reunion dengan kengkawan yg dah lama terpisah nie...erkkkkkkkk!!!! heheeeee~
apa-apa pun mmg tahun 2011 nie aku nk kurangkan apa yg x berfaedah nie...n buat lah benda2 yg berfaedah pulak..huhuuu~ CHAIYOKKK!!!!!! FB nie tutup ke x tutup ke,,aku pun dah x kesah sangat sbb mmg pun aku ada niat nk delete acc FB nie satu ari nnti...gheeeee~ so kawan2,,,juz relax jer lah pasal berita yg korang dgr nie...n standby lah awal2..gambar2 yg ada tue sila2 lah wat copy pastue delete..senang kata,,apa2 saja yg peribadi kat FB tue,,delete jer lah...(nasihat tuk aku gak nie)..huhuuuu~ fikir-fikirkan dan selamat beramal.. (*_*)


XOXO!!!!!
- syuhadah -




Sunday, January 9, 2011

Ezry & Wahida wedding...

Assalamualaikum w.b.t

yeahhhhh!!! akhirnya seorang lg my BFF wedding...seronok tgk diorang dpt capai apa yg diorg impikan..yg lelaki kawan sekelasku di kolej n yg perempuannya kawanku juga tp kelas lain.. Inilah antara pic2 yg sempat di snap...almaklumlah,,pengantin nyeee asyik main lari2 jer...susah bebenar nak kejar...nie pun nasib lah dpt bergambar kalo x penat jer bawak camera...huhuuu~ silalah layan erk.....
kiss ikhlas ke x tue??? huhuuu

Seronok dapat jumpa kengkawan balik.... (*_*)

Happy to both of u...gheeee~
amekk berkatt...huhuuuu~



Nota kaki : rupa2nye ramai kawan2 aku yg dh kahwin..anak pun ada dah...great!!!!!


XOXO!!!
- syuhadah -

Friday, January 7, 2011

lelaki idamanku.... (*_*)

Assalamualaikum W.B.T

hari nie bermulanya drama bersiri Ustaz Amirul...memang cerita nie aku nantikan sangat2 sbb aku mmg suka ashraff muslim berlakon..heheee~ 


Sejuk mata memandang..kan3...
                   
Biarlah org nak kata aku suka berangan pun tp mmg pun kan..manalah tahu angan2 menjadi nyata..huhuuuu~ InsyaALLAH.. eh3,,,,bukan tuk dapatkan Ashraff Muslim nie lah..tp dapat seorang lelaki ciri2 macam nie..tapikannnnnn,,rasa macam dh jumpa nieee...heheeee~ Alhamdullilah.. Moga berkekalanlah hendaknya....jom angkat tangan ramai2 n baca doa: 

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
 
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
 
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
 
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
 
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
 
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin


Nota kaki : tq Abdul Fatah Mat Said sbb terima sy seadanya.. :)
- syuhadah -
 

- lagu kesukaan -

Just the way you are - Bruno Mars


Yeahhhh,,sy sangat mengilai lagu ini sekarang..pantang dgr jer mesti tersenyum2..(*_*)
sengih-sengih macam kerang busuk....


hahahaaa~ aku jd suka sangat kat lagu nie lepas adalah seseorang tue bg kat sy..mula2 si dia bagi,,dengar2 mcm tue jer xhayati pun tetapi....tetapi yer kawan2 bila dh hayati setiap lirik2 yg dinyanyikan oleh bruno mars nie,,terus lagu nie jd feveret skg nie..skg nie lah erk...akan2 datang lagu lain lah pulak kot.. gheeee~ dannnnn aku leh siap berangan yg lagu nie dinyanyikan oleh ''dia''.. wakakakakakakakakaaa! sengallll kan.. itulah banyak sangat baca novel..huhuuuu~ kesahhhhhhhhhh!!!!!!

XOXO!!!!!
- syuhadah -



bosan...

Assalamualaikum....

ye3...nielah aku skg.. uwaaaaaaa~


Nota kaki : tp ptg kang byk kerja menanti diriku...
- Syuhadah -

Thursday, January 6, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Assalamualaikum W.B.T...

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)




Wednesday, January 5, 2011

HABIB JEWEL SALES...SALES...SALES!!!!!!!!!!!!!!!!

huh,,,kepada sesiapa2 yg nak kawen ke,tunang ke,nak bg adiah kat mak ke,akak ke n apa2 sahaja lah yg berkaitan dgn emas..kalo korg xcaya sila baca post nie dari Habib KLCC...

'' Habib Jewels: We are starting our 1st exhibition at KLCC Center Court from 5 - 16 January 2011, 10am - 10pm. We will have the CNY Eastpiration and Valentine's, Pandora and Hearts on Fire The World's Most Perfectly Cut Diamond collections. We will be giving discounts up to 70% and less RM6/gm for 916 Gold. Be with us during this prom...otion and trade in your old 916 gold jewelry for a new 2011 gift for yourself.

C Ya there !!! ''

 

 

Nota kaki: Jom pakat ramai2 p tgk... (*_*)P



Tanda-tanda sesuatu penyakit....

Assalamualaikum.... (*_*)

erkkkkk.....rasa mahu berhati-hati bila membacanye..gheeee~ apa tue erkk??? jom3 baca kat bawah nie..

Hmm....bagaimana kesihatan anda????
1. MATA (bertindak balas dengan keadaan hati)
 
Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. 

Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
 
Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
 
Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
 
Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2 .HIDUNG (hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
 
Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
 
Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 
Bersin :
a) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
 
Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
 
Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
 
Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
 
Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
 
1. Bibir pucat

a) Sistem penghadaman yang lemah.
b) Perut mengandungi angin.
c) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

2. Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH  (berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
 
Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
 
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
 
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA  (berkaitan dengan buah pinggang)
 
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
 
Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH
 
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.  KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan  umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 

a) Sakit Sendi
 
Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
 
Tidak rasa panas :Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
 
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
 
a) KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

b) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

c) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
 
i) Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.

e) BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
 
a) LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
 
 Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
 Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari  kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
 
a) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
 
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH
 
Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.

20. BADAN
 
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
 
Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.

c) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


Nota kaki: Marilah kita sama-sama jaga kesihatan ye... (*_*)P

Tuesday, January 4, 2011

Perbualan di antara dua gadis remaja....

Di suatu petang,ketika itu hujan turun dengan lebatnya,xsilap aku masa tue jam menunjukkan pukul 7 petang di kawasan perhentian bas...huhuuuuu~





Begini kisahnye:

Gadis A: Eh,,seronok ke erk ada BF?
Gadis B: Mestilah seronok...sbb kan rasa bahagia sgt bila ada org yg tersayang..knp ko tanya?
Gadis A: Saja jer aku tanya..sbb aku nk tahu mcmane rasanya....aku kan xpernah ada BF....
Gadis B: ooooooo....ok2..
Gadis A: Tapikan,,ko xrasa ke diri ko terkongkong..ye lah kan,,sikit2 jer dia call ko...ko x rasa  tension ke?
Gadis B: Eh....xlah..aku suka..aku rasa diri aku dihargai sangat n tahulah yg dia syg kat aku..heheeee~ romantik kan..
Gadis A: oooooo....ok2..jangan marah lah kalo aku tanya td ko kecik hati..

Itu jer ler perbualannya sebab lepas tue,,bas pun sampai...hahahaaaaaa~

Nota kaki: Xkesahlah rasa dihargai ke,disayangi ke...apa2 pun maruah diri harus kene jg yer dik... :)

p/s: ayat2 yg digunakan adalah ringkasan dr apa yg didengar yer...

XOXO!!!!!
- syuhadah -





Fokus...Tekanan...Busy lah senang kata...

huh...padan muke kat aku!!!!!

kalo dibuatnya dr awal2 lagikan dh bagus..nie x nyeeeeee,,dibiorkan sampai dh berulatttt...ambekkkkkkkkkkk!!!!!!

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! banyakkknyeeeeeee NDT...mencikkkkkkkkkkkssss hoccay!!!!
dah brp hb jan thn 2011 nie,,aku x email2 lg kat HQ..mampussssssss!!!! keje thn lepas punye lak tueeee...
syuhadah,,syuhadah,,apalah nk jadi dgn kamo nihhhh....gheeee~

ye..ye..ye..azam tahun baru sy,,bekerja dengan lebih berdedikasi ye..InsyaALLAH!!! aminnnnnnn...
Majulah PERNEC untuk MALAYSIA... 1 PERNEC!!!!! huhuuuu~ kesahhhhhhhhhh!!!

XOXO!!!!!
- syuhadah -

Jimat...Jimat...Jimat....

Salam sume :)

Perghhh...cam tak caya arini aku bawak bekal mee hoon goreng yang dimasak oleh Mak Tam ku ke pejabat...credit tu beliau...kepada Cik Syuhadah sila jangan jeles hoccay...nyum3...


Ini ye rupa mee hoon goreng tersebut..haha

Hmmm..best gak kan makan kat ofis je sambil mendengar www.sinar.fm. Masyukkk......
Emmm...mst ade di kalangan kawan2 de gak kan bawak bekal ke pejabat?? Ok gak la sebagai langkah untuk berjimat cermat..hehe.. (jimat beb nak pinang Cik Syuhadah..wiwiwiwiwi) :)


Kepada kawan2 yg sedang bekerja tu...jom kite keja ngn gigih ye...erk, aku sempat g kan hapdate blog ni g..haha...takpe2, break time ni...ngeee....

K la ye.....have a nice day to all of u... :P


- Fatah (^_^)v-





Monday, January 3, 2011

Bile dah takde keja...hehe

Salam sume..ngeee :)

Kali ni biar eden pulak yang hapdate blog Cik Syuhadah ni..habis la beliau....memandangkan aku tgh bosan takde nak watpe ni...pelagi, tangan ni duk gatal la nak cantikkan blog ni....wahahaha....

Dengan berbekalkan idea yang seciput ni...aku hentam je hapdate ape yang patut yerk...so para pembaca sekalian (cewahh..skema gittew ayat aku)...klu de komen tu sila2 la utarakan k..bukan selatankan tau...wiwiwiwiwi....

Ermm...pe lagi ek nak tulis...haaaa...aku demam + batuk..kahkahkah..tu pun nak cite kan..sengal la ko ni Fatah. :) (Eh..suke ati aku la kan...blog aku...kihkihkih)


Sampai sini dulu ye kawan2...jmp lagi nnt...ngeee..


- Fatah (^_^)v -

Bezanya Cinta,Sayang,Suka dan Minat?????

Assalamualaikum w.b.t

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.


Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.


Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.


Minat
Apa sesuatu ada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap, dan botak. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita.



So,sekarang nie kita dah fahamkan apa bezanye cinta,sayang,suka dan minat nie....erkkkk,,,jd aku dgn fatah yg mana satu ek..hurrrmmmmmm,,,semua skali rasanye..sbb aku cinta,sayang,suka n minat kat dia...gheeeee~ boleh gitu..


XOXO!!!!!!!
- Syuhadah -

Sunday, January 2, 2011

Welcome to the blog Syuhadah...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang Syuhadah ke dunia blog..huhuuu~

oklah....''FaSyu Life Story''..bg description sket lah ek knp mesti FaSyu..hurrmmmmm,,Fa=Fatah and Syu=Syuhadah..credit to Fakhrul Hafiz aka Pjie..lama jugak aku try nk wat gabungan nama antara aku dgn dia,,tp xmenjadi n lastly en.pjie nie yg bg nama tue..gheeee~ thankx pjie..

Hohoho..peace no war (^_^)v


Apa konsep blog nie ek????
Konsep dia simple jerrr...bercerita mengenai kehidupan..xkisah lah pasal cinta,agama,fesyen dan sebagainya..dan untuk dijadikan hobiku dikala bosan..heheeee~

Itulah dia serba sedikit..org kata mukadimah sebelum lebih banyak lg benda yg nak ditulis..erkkk,,ada ke???huhuuuu~ yg itu kenelah tunggu yerrr....yg pasti mood n idea mesti kena datang serentak lah..barulah rajin nak meng'update' ini blog..ok...daaaaaaaa~

XOXO!!!!!