Daisypath Friendship tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 11, 2011

Mengapa mesti ada ujian dalam hidup???

Dalam perjalan hidupku Begitu banyak rintangan dan ujian yang ku hadapi , jatuh bangun aku membuat prisai diri.Apa yang ku alami ini seseuai dengan firman Allah: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami-lah kamu kembali.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35).
Dalam hal ini Imam Ibnu Katsir menyatakan berkenaan ayat ini antaranya “Bahwa Allah akan menguji dengan kelapangan hidup dan kesusahan, dengan kesenangan dan ketakutan, dengan keselamatan dan bencana, iaitu supaya mereka kembali kepada kebenaran.” (Rujuk Shahih Tafsir Ibnu Katsir, jil. 3, m/s. 714-715).

sesungguhnya ALLAH menguji hambanya yang dyakini layak untuk menghadapi ujian.. yang utama jangan pernah berhenti daripada berharap dan bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH..

ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita. Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?

ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.
Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,
“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”
Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.
Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
- syuhadah -

No comments:

Post a Comment